🍓

🍓Buah strawberi adalah sejenis buah yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan bandar.
🍓Buah yang mempunyai warna merah menyala ini ada juga yang berwarna putih, kekuningan ataupun kehijauan bergantung kepada spesis atau kultivar.
🍓Buah strawberi segar terdiri daripada 91% air, 7.7% karbohidrat (dalam bentuk glukosa, fruktosa dan sukrosa), 0.3% lemak, 0.7% protein dan selebihnya adalah mikronutrien. Kurang daripada 8 gram daripada 100 gram buah strawberi segar adalah karbohidrat, di mana 26% daripada itu adalah serat larut air dan tidak larut air
🍓Antara 7 Manfaat buah strawberi untuk kesihatan:
1. Mengurangkan risiko kanser
❤️Proses inflamasi yang tidak terkawal akan mengakibatkan berlakunya tekanan oksidatif, yang mana jika berlanjutan untuk masa yang lama, akan meningkatkan risiko pelbagai kanser.
❤️Vitamin C dan antioksidan yang tinggi dalam buah strawberi mampu mengawal tekanan oksidatif, sekaligus mengurangkan risiko kanser. Asid ellagik dan ellagitannin dikatakan mampu menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser.
2.Mengurangkan paras kolesterol dalam darah
❤️Asid ellagik dan flavonoid di dalam strawberi adalah antioksidan yang sangat kuat dalam menurunkan paras kolesterol jahat atau kolesterol LDL (low-density lipoprotein).
❤️Beberapa kajian telah dilakukan selama 4-12 minggu menggunakan suplemen strawberi beku kering (freeze-dried strawberries) telah menunjukkan kesan positif kepada beberapa faktor risiko utama seperti kolesterol jahat, dan penanda inflamasi.

3. Membantu dalam kesihatan mata
❤️Mata adalah antara organ badan yang menerima kesan yang agak ketara menuju ke arah umur yang kian meningkat. Kehilangan penglihatan yang jelas, rabun malam dan katarak adalah antara penyakit mata berkaitan umur (age-related macular diseases).
❤️Pengambilan buah strawberi yang kerap mampu mengurangkan kesan penyakit ini kerana vitamin C, lutein dan zeaxanthin boleh mengurangkan kesan kerosakan daripada radikal bebas dihasilkan daripada sinaran UV.
❤️Vitamin C juga mampu memperkuat struktur kornea dan retina. adalah antara organ badan yang menerima kesan yang agak ketara menuju ke arah umur yang kian meningkat. Kehilangan penglihatan yang jelas, rabun malam dan katarak adalah antara penyakit mata berkaitan umur (age-related macular diseases).
4.Pengawalan tekanan darah
❤️Penyakit tekanan darah tinggi adalah sejenis penyakit yang sering dialami oleh rakyat Malaysia terutamanya yang kurang menjaga pemakanan dan gaya hidup sihat. Hal ini kebiasaanya berlaku apabila pengambilan natrium dalam pemakanan sangat tinggi.
❤️Kalium yang boleh didapati dalam buah strawberi adalah sangat bagus untuk pesakit tekanan darah tinggi kerana kalium akan membantu dalam mengawal paras natrium dalam darah, sekaligus akan mengawal tekanan darah. Terdapat 134 miligram kalium dalam satu hidangan buah strawberi segar.
5.Mengelak masalah sembelit
❤️Sembelit merupakan masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang. Dengan pengambilan buah strawberi, dapat membantu menghidratkan tubuh badan seseorang.
❤️ Selain itu, ia dapat membantu proses penghadaman agar sentiasa baik dan mengelakkan kesukaran membuang air

6.Bagus untuk kulit
❤️Khasiat strawberi yang kaya dengan vitamin amat baik untuk kesihatan kulit. Ia mampu mencerahkan dan memastikan kelembapan kulit yang baik. Kandungan-kandungan yang ada pada buah ini juga baik untuk kulit orang dewasa kerana kandungannya yang boleh mencegah jerawat dan menyingkirkan sel kulit mati.
❤️Menurut kajian, strawberi juga boleh melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet A yang menyebabkan penyakit kulit.
7.Memperbaiki mood
❤️Buah strawberi merupakan jalan penyelesaian yang mudah dengan mengamalkan pengambilan buah strawberi. Hal ini boleh merangsang mood anda ,untuk menjadi lebih baik kerana kandungannya yang banyak manfaat.
❤️Strawberi merupakan buah yang banyak khasiat dan rendah kalori. Ia boleh ditambah dalam diet harian.
🍓 Buah strawberi adalah antara buah yang sangat bagus untuk diamalkan seharian kerana terkandung pelbagai nutrisi yang penting untuk kesihatan. Secara relatifnya, buah strawberi, dan mana-mana buah sekalipun adalah lebih baik dimakan segar tanpa melalui apa-apa proses (pengeringan, dimasak dan dijadikan jem, mahupun diperah dan dijadikan jus) demi mengekalkan zatnya yang mudah hilang dan rosak.
.
.
.
👍🏻👍🏻👍🏻❤️
LikeLike
Maklumat yang berguna dan bermanfaat. Teruskan posting sebegini.
LikeLiked by 1 person
Terima kasih☺️
LikeLike
Info bagus!!.lg best kalau dpt belanja strawbery dari u..hahaha,jgn mrah,gurau je k….
LikeLiked by 1 person
Thanks☺️ ..haha xpe2👍🏻
LikeLike