Design a site like this with WordPress.com
Get started

5 Kebaikan Buah Kurma Untuk Kesihatan🌱

🌱Kurma adalah buah yang biasanya berbentuk lonjong didapati dari pohon kurma. Ianya  Terdapat pelbagai bentuk, warna dan rupa mengikut jenis dan spesis pohon kurma. Antara kurma yang paling diminati adalah ajwah, medjoul, mabroom dan banyak lagi.

🌱Buah kurma biasanya didapati dalam bentuk buah kering dan ada juga bentuk buah segar. Rasa buah kurma yang telah dikeringkan adalah lebih manis berbanding buah segar.

🌱Di Malaysia, kita akan mula lihat kurma mula dijual sebulan sebelum ramadhan di rata-rata kedai dan pasaraya, namun ramai sebenarnya dikalangan kita masih belum mengerti manfaat kurma selain faktor mengambil keberkatan sunnah berbuka dan bersahur dengannya.

✨Di bawah menunjukkan 5 kebaikan buah kurma untuk kesihatan :

1. Serat Yang Tinggi🌱

🌱Pengambilan makanan  berserat yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan.

🌱Dengan hampir 7 gram serat dalam hidangan 100 gram, pengambilan kurma dalam diet anda adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan serat.

🌱Serat boleh memberi manfaat kepada sistem pencernaan anda dengan mencegah sembelit. Ia menggalakkan pergerakan usus yang kerap dengan menyumbang kepada pembentukan najis.

🌱Dalam satu kajian, 21 orang yang menggunakan 7 biji sehari selama 21 hari mengalami peningkatan dalam kekerapan buang air dan mempunyai peningkatan yang signifikan dalam pergerakan usus berbanding ketika mereka tidak memakan kurma.

2.Mengawal gula dalam darah

🌱Kurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah.

🌱Kandungan gula itu serta serat yang tinggi dalam kurma sangat bermanfaat untuk mengawal gula dalam darah. Serat mencegah kadar gula dalam darah melonjak terlalu tinggi selepas makan.

3.Menjaga kesihatan tulang

🌱Bukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga kurma! Ini kerana ia mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.

4.Kaya antioksidan

🌱Kurma mengandungi antioksidan yang dapat mencegah pelbagai penyakit kronik. Fungsi antioksidan melindungi sel-sel dalam tubuh daripada radikal bebas.

🌱Antioksidan yang terkandung dalam kurma dikenali sebagai flavonoid cukup baik untuk mengurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser.

5.Meningkatkan kesihatan otak

🌱Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.

🌱Kesimpulan

Jelaslah bahawa kurma kaya dengan nutrisi seperti karbohidrat, serat, vitamin, mineral dan antioksidan yang boleh memberi kebaikan kepada kesihatan kita.

– Kurma mempunyai pelbagai khasiat seperti berpotensi mencegah kanser, memudahkan proses bersalin, mencegah penyakit kardiovaskular, tinggi aktiviti antioksidan dan mengurangkan keradangan.

– Kurma juga bagus untuk tulang dan gigi, baik untuk sistem penghadaman dan boleh menjadi sumber tenaga yang cepat.

– Akhir sekali, diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada pembaca mengenai khasiat kurma

Published by fazhanaziz

Love yourself...Be yourself(blogger)

Join the Conversation

6 Comments

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: