Design a site like this with WordPress.com
Get started

6 kebaikan ikan salmon kepada kesihatan πŸŸ

🐟 Salmon merupakan ikan yang popular dengan kandungan nutriennya yang pelbagai. Rasanya yang enak dan berlemak pasti memikat hati siapa sahaja yang memakannya. Salmon boleh dimasak dengan pelbagai cara dan ada juga yang makan secara mentah. Salmon mempunyai pelbagai khasiat, antaranya:

1.Sumber ProteinπŸ’Š

🐟 Sama seperti jenis-jenis ikan yang lain, salmon merupakan sumber protein yang berkualiti tinggi.

🐟Protein memainkan peranan penting dalam sistem badan termasuklah bagi proses tumbesaran, memperbaiki tisu dan otot yang cedera, mengekalkan kesihatan tulang serta terlibat dalam proses biokimia di dalam dan luar sel.

🐟Bagi mencapai tahap kesihatan yang optima, setiap hidangan perlu mengandungi sekurang-kurangnya 20-30 grams protein yang berkualiti tinggi. Bagi 100 gram salmon, ia mengandungi 22-25 grams protein.

Ikan salmon

2.Mengandungi SeleniumπŸ₯«

🐟 Selenium merupakan mineral yang terdapat dalam tanah dan juga makanan tertentu. Ia merupakan mineral jejak (trace minerals), bermaksud badan kita hanya memerlukan dalam jumlah yang sangat sedikit. Pun begitu, pengambilan selenium yang mencukupi adalah penting.

🐟Beberapa kajian mendapati bahawa selenium membantu mengekalkan kesihatan tulang, mengurangkan risiko kanser dan mengurangkan antibodi tiroid bagi orang yang mempunyai penyakit tiroid autoimun.

3 .Meningkatkan fungsi otak 🧠

🐟 Ikan Salmon mengandungi Vitamin A dan Asid Amino yang sangat efisien untuk merangsang aktiviti otak.Ia juga dapat memberi kesan yang efektif untuk pertumbuhan sel -sel otak .

🐟

4.Meningkatkan metabolisme dalam badan

🐟 Ikan Salmon juga dikenali sebagai pengawal diabetes dalam badan dan pengawal gula dan darah yang tinggi dalam badan.

🐟Juga salmon dapat membantu proses meningkatkan metabolisme dalam badan seseorang.

5.Mencegah serangan jantung❀️

🐟 Salmon adalah makanan terbaik yang diambil untuk pesakit jantung.

🐟 Ini kerana salmon dapat mengurangi masalah kardiovaskular dan masalah darah dalam jantung manusia.

6 Menjaga kulit dan rambut kekal sihat☺️

🐟 Kandungan nutrisi omega 3 dalam ikan mampu menjadikan kulit lebih lembut dan anjal.Juga, omega 3 dalam ikan salmon juga dapat membantu menguatkan rambut dan menjadikan rambut lebih bermaya.

🐟 Kesimpulan:

🐟 Ikan salmon mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan. Pengambilan salmon sebanyak 2 sajian seminggu dapat mencapai keperluan nutrien seseorang serta mengurangkan risiko penyakit

🌸Blog

Published by fazhanaziz

Love yourself...Be yourself(blogger)

Join the Conversation

3 Comments

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: