
Lobak merah atau nama saintifiknya, Daucus carota terkenal akan kebaikannya dalam merawat dan memberi kebaikan untuk mata kita. Namun, kebaikan yang diperolehi daripada lobak merah adalah lebih dari itu.
Berikut adalah beberapa manfaat rawatan lobak merah:
1. Berfungsi sebagai tonik semulajadi
🥕Lobak merah yang dimakan secara mentah atau diminum jusnya secara teratur boleh menjadi tonik yang baik untuk mata dan kulit kita.
🥕 Lobak merah yang dimakan secara mentah atau diminum jusnya secara teratur boleh menjadi tonik yang baik untuk mata dan kulit kita. Tambahan pula, memberikan dua hingga tiga sudu jus lobak merah yang dicampurkan dengan satu sudu teh madu kepada anak yang lesu mampu menambahkan daya kekuatan mereka.
2.Masalah mata
🥕Minum jus lobak merah terbukti mampu memperbaiki kemampuan penglihatan kita. Malahan, memakan atau meminum jus lobak merah pada setiap hari dapat mengubati rabun. Mencuci mata dengan air rebusan lobak juga dapat menyembuhkan mata daripada ketegangan mata.
3.Sakit kepala
🥕Kombinasi campuran jus lobak merah, ubi bit dan timun mampu menyembuhkan penyakit migrain dan sakit kepala.
5. Masalah kulit
🥕Jerawat, kulit kering, gatal- gatal dan darah kotor juga dapat diubati dengan kekerapan meminum jus lobak merah.
🥕Kulit semestinya akan kelihatan lebih berseri dan cantik sekiranya diamalkan dengan berterusan.

8. Gangguan perut
🥕Campurkan jus lobak merah dan bayam setiap kali selepas makan akan bantu menyembuhkan sembelit.
🥕Makan lobak merah segar atau minum jusnya juga mampu menyembuhkan cirit-birit yang disebabkan oleh sakit saluran pencernaan yang kronik, mengurangkan kadar asid dalam badan dan menghilangkan ketidakselesaan perut.

F.A🌸
Good👍🏻
LikeLike