Design a site like this with WordPress.com
Get started

Khasiat Daun Bayam Hijau Untuk Kesihatan🌿

Di bawah terdapat fakta bergambar tentang khasiat daun bayam untuk kesihatan 🌿

Antaranya ialah:

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Gambar-gambar di atas adalah gambar yang menerangkan fakta-fakta berkaitan khasiat bayam kepada kesihatan manusia.🌿💚Bayam hijau mengandungi banyak khasiat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

F.A🌸

Kepentingan lobak merah untuk kulit🥕

Lobak merah

Lobak merah atau nama saintifiknya, Daucus carota terkenal akan kebaikannya dalam merawat dan memberi kebaikan untuk mata kita. Namun, kebaikan yang diperolehi daripada lobak merah adalah lebih dari itu.

Berikut adalah beberapa manfaat rawatan lobak merah:

1. Berfungsi sebagai tonik semulajadi 

🥕Lobak merah yang dimakan secara mentah atau diminum jusnya secara teratur boleh menjadi tonik yang baik untuk mata dan kulit kita.

🥕 Lobak merah yang dimakan secara mentah atau diminum jusnya secara teratur boleh menjadi tonik yang baik untuk mata dan kulit kita. Tambahan pula, memberikan dua hingga tiga sudu jus lobak merah yang dicampurkan dengan satu sudu teh madu kepada anak yang lesu mampu menambahkan daya kekuatan mereka.

2.Masalah mata

🥕Minum jus lobak merah terbukti mampu memperbaiki kemampuan penglihatan kita. Malahan, memakan atau meminum jus lobak merah pada setiap hari dapat mengubati rabun. Mencuci mata dengan air rebusan lobak juga dapat menyembuhkan mata daripada ketegangan mata.

3.Sakit kepala

🥕Kombinasi campuran jus lobak merah, ubi bit dan timun mampu menyembuhkan penyakit migrain dan sakit kepala.

5. Masalah kulit

🥕Jerawat, kulit kering, gatal- gatal dan darah kotor juga dapat diubati dengan kekerapan meminum jus lobak merah.

🥕Kulit semestinya akan kelihatan lebih berseri dan cantik sekiranya diamalkan dengan berterusan.

8. Gangguan perut

🥕Campurkan jus lobak merah dan bayam setiap kali selepas makan akan bantu menyembuhkan sembelit.

🥕Makan lobak merah segar atau minum jusnya juga mampu menyembuhkan cirit-birit yang disebabkan oleh sakit saluran pencernaan yang kronik, mengurangkan kadar asid dalam badan dan menghilangkan ketidakselesaan perut.

F.A🌸

3 Khasiat Asparagus Untuk Kesihatan 🌱🚶🏻‍♀️

Asparagus 🌱

🌱 Kandungan vitamin, mineral, dan nutrisi lainnya membuat asparagus menjadi salah satu sayuran yang bisa menjadi pilihan untuk dikonsumsi sehari-hari.

🌱 Ini dia khasiat2 asparagus yang perlu anda ketahui:

1Membantu Menurunkan Berat Badan🧘🏻‍♀️

🌱Kalori asparagus sangatlah rendah. Setengah cangkir asparagus hanya mengandung 20 kalori. Ertinya, kamu bisa makan banyak asparagus tanpa takut terlalu banyak kalori yang masuk ke tubuh.

🌱Selain itu, asparagus mengandungi 94% air. Penelitian menunjukkan bahawa mengonsumsi makanan rendah kalori dan kaya air dikaitkan dengan penurunan berat badan.

2-Meningkatkan Kekebalan Tubuh✨

🌱Selain buah yang masam dan berasid, asparagus juga mengandung vitamin C yang tinggi yang bagus untuk sistem kekebalan tubuh.

🌱Kandungan vitamin C nya yang tinggi dapat membantu melawan flu atau demam dan membangun sistem imunisasi tubuh.

3-Membantu Menurunkan Tekanan Darah🌡️

🌱 Tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko utama penyakit jantung dan strok.

🌱Penelitian menunjukkan bahwa meningkatkan asupan kalium sekaligus mengurangi asupan garam adalah cara efektif untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

🌱Makan lebih banyak sayuran kaya kalium, seperti asparagus, adalah cara yang bagus untuk membantu menjaga tekanan darah kamu dalam kitaran yang sihat.

4-Mencegah Kanser❤️

🌱Kadar radikal bebas yang tinggi dalam tubuh dapat menyebabkan kerosakan sel yang dapat menyebabkan kanser.

🌱Asparagus menyediakan berbagai antioksidan yang dapat membantu tubuh menghilangkan zat radikal bebas berbahaya ini.

🌱Ditambah lagi, kandungan folat dan serat terbukti dapat mencegah beberapa jenis kanser. 

🌱Rumusan-

🌱 Asparagus sangat baik untuk kesihatan baik dari segi tubuh badan dalaman dan luaran .

🌱Dalam asparagus terkandung vitamin dan zat galian untuk mengekalkan kelembapan kulit dalam tubuh badan seseorang.

5 khasiat Daun Pudina kepada kesihatan 🍀

☘️ Banyak khasiat Daun Pudina kepada kesihatan.Antaranya,untuk membantu mengurangkan kesakitan dalam tubuh badan,dan sebagai bahan masakan yang dapat menyegarkan badan .

🍀

☘️Antara khasiat Daun Pudina kepada kesihatan ialah:-

1-Daun Pudina dapat membantu proses penghadaman dalam tubuh badan, dengan adanya zat galian di dalam daun pudina dan mineral juga asid amino ,ia dapat bertindak sebagai membantu proses penghadaman di dalam badan seseorang.

2-Sebagai penawar semulajadi.Daun Pudina juga dapat bertindak sebagai penawar semulajadi,atau Natural,dalam membantu mengurangkan luka dan kesan cedera ,dengan hanya menyapu daun pudina pada kesan luka .Ia akan mengurangkan kesan luka dalam tempoh masa terdekat.

Daun pudina 🍀

3- Kesegaran Nafas.Daun Pudina juga dapat membantu dalam menyegarkan nafas .Dengan hanya kumur atau menggunakan ubat gigi berperisa pudina Ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam menyegarkan kembali nafas .

4-Menyegarkan Fikiran.Daun Pudina juga dapat membantu menyegarkan kembali fikiran .Ini kerana, kesegaran yang ada di dalam daun pudina dapat mengembalikan semangat dan menyegarkan lagi fikiran.

5-Dapat menghilangkan kesakitan atau migrain kepada kepala .Dengan Kandungan mentol yang terkandung di dalam daun pudina dapat membantu melegakan sakit kepala ,kerana pudina mempunyai bahan2 yang sejuk dan segar yang dapat menyegarkan sakit dalam kepala atau migrain.

F.A🌸

4 Khasiat berry hitam kepada kesihatan 🍇

Berry hitam

🍇Buah berry hitam diketahui mempunyai banyak manfaat bagi kesihatan dan juga kecantikan. Bahkan manfaat buah ini untuk kecantikan kulit sebenarnya telah dikenal sejak lama lagi. Malah, kandungan nutrisi dan anti-oksidanya mempunyai banyak manfaat bagi kulit.

🍇Antara khasiat buah berry hitam kepada kesihatan ialah:

1Anti-penuaan – Buah ini mempunyai kandungan anti-oksidan yang cukup tinggi sehingga dapat melawan aneka radikal bebas di kulit yang menyebabkan munculnya tanda-tanda penuaan awal.

2Kulit cerah – berry hitam telah lama diketahui dapat mencerahkan kulit. Bahkan buah ini juga dapat menghilangkan noda hitam dan noda lain pada wajah

3-Mengatasi masalah kulit – Rebusan daun pokok berry hitam dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti selesema, radang tekak, demam. Selain itu rebusan ini juga boleh menyembuhkan pelbagai masalah pada kulit.

4Kulit kering dan sensitif – Campurkan buah berry hitam dengan minyak kepala ataupun minyak zaitun selama beberapa hari, kemudian sapukan pada kulit wajah. Campuran minyak ini juga boleh menjadi losyen untuk melembabkan kulit wajah dan menyembuhkan iritasi.

Kesimpulan

Buah berry hitam sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan kerana ia mengandungi mineral, pelbagai vitamin ,dan serat yang pelbagai . 🍇

-Blogger F.A(Be yourself)✨

5 Khasiat buah pear kepada tubuh badan🍐

🍐

🍐Buah pear adalah salah satu buah yang cukup digemari oleh masyarakat Malaysia.

🍐Buah pear bukan hanya lazat tetapi juga menawarkan banyak manfaat kesihatan.

Antara khasiat buah pear untuk kesihatan ialah:

1) Kolesterol 🦠

🍐Buah pear yang tinggi kandungan seratnya ,jika dianggarkan dalam jumlah sederhana, misalnya, 10 gram sehari membantu mengurangkan tingkat kolesterol dan membuat anda tetap sihat.

2) Menyihatkan usus🧘🏻‍♀️

🍐Buah pear kaya dengan serat pectin dan probiotik yang berguna untuk melancarkan pencernaan dan mencegah kanser. Did you know? Satu buah pear berukuran sederhana ,mengandungi 6 gram serat, iaitu 22% dari keperluan serat harian manusia.

🍐 Ingat, pencernaan yang lancar dapat meningkatkan metabolisme yang tinggi kepada tubuh badan, maka kebiasaan mempunyai serat yang dapat membantu diet dan mengurangkan masalah pencernaan dalam badan .Kulit pear juga mengandungi serat, so eat it unpeeled!

3) Mengatasi kulit berminyak🧖🏻‍♀️

🍐 Kandungan vitamin dan mineral dalam buah pear cukup tinggi, maka buah pear merupakan bahan yang sempurna untuk masker wajah.

🍐Campurkan buah pear dengan madu dan fresh cream, dan aplikasikan di wajah sebanyak tiga kali dalam seminggu untuk mengatasi produksi minyak berlebihan.

Pear

4) Melembutkan bibir👄

🍐Kandungan lactic acid dalam pear, dapat menjaga kesihatan. sel-sel dalam bibir, juga menjaga hidrasi agar bibir tidak kering.

🥤Namun, jangan lupa minum air putih secukupnya juga, ya!

5) Mengatasi rambut kering👩🏻

🍐Buah pear memiliki kandungan sorbitol yang mengandungi mineral sebagai moisturizer semulajadi untuk kulit kepala dan akar rambut.

🍐Ditambah lagi, kandungan vitamin C dalam pear bekerja sebagai antioksidan yang sempurna untuk menjaga kesihatan sel rambut.

🍐

🔴 Kesimpulan

🍐Berkat kandungan gizinya, tak hairan bila pear disebut sebagai salah satu buah dengan kandungan gizi terbaik. Buah ini bermanfaat untuk menurunkan berat badan, melawan kanser, hingga meredakan segala penyakit dalam tubuh.

🍐Buah pear termasuk sumber terbaik flavonoid. Sebagai zat antioksidan, flavonoid membantu melindungi sel tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas. Ini juga,dapat meredakan peradangan yang berisiko berkembang menjadi penyakit kronik.

6 Kebaikan Buah Kiwi kepada tubuh badan seseorang 🥝

Buah kiwi 🥝

Pengenalan🥝

🥝Buah kiwi atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil sebagai Actinidia deliciosa

🥝Merupakan buah yang tergolong dalam keluarga Actinidiaceae. Tumbuhan ini berasal daripada negara China dan Taiwan tetapi telah ditanam secara komersial di New Zealand dan California.

Buah ini boleh dimakan begitu sahaja ataupun boleh juga dimasak. Walaupun buah ini mempunyai rasa yang agak berasid iaitu sedikit masam tetapi masih enak untuk dimakan. Selain dijadikan sebagai snek, buah kiwi turut digunakan dalam proses masakan iaitu untuk melembutkan daging.

🥝 Seperti yang telah diketahui, buah kiwi tinggi dengan kandungan vitamin C dan serat yang membekalkan khasiat kepada tubuh badan.

🥝Buah kiwi berupaya untuk menjaga kesihatan jantung, sistem penghadaman dan kesan antioksidan. Rasanya yang enak, tekstur yang menarik dan kalori yang rendah menjadikan buah kiwi sebagai pilihan yang sedap dan sihat.

🥝Oleh itu, mari kita kupas kandungan nutrisi dan khasiat kiwi pada kesihatan.

Antara kebaikan buah kiwi ialah:

1.Vitamin C

🥝Vitamin C atau dipanggil sebagai asid askorbik merupakan vitamin yang larut dalam air. Vitamin C ini penting untuk kesejahteraan tubuh badan kerana vitamin C diperlukan untuk menghasilkan tenaga, meningkatkan sistem imunisasi, menghasilkan kulit yang sihat dan meningkatkan penyerapan zat besi.

🥝Oleh kerana vitamin C adalah sumber antioksidan, vitamin C berpotensi dalam menyingkirkan spesis oksidatif reaktif dari badan. Spesis oksidatif reaktif merupakan radikal bebas yang terhasil secara semulajadi oleh badan, terdedah kepada pencemaran dan faktor yang lain. Ini akan menyebabkan kerosakan sel badan. Pengambilan vitamin C akan membantu mengurangkan keradangan dan mengurangkan risiko kanser.

2.Meningkatkan sistem imun👤

🥝Buah kiwi mengandungi vitamin C yang sangat tinggi. Jumlah kandungan vitamin C dalam 1 gelas buah kiwi bahkan sudah mampu mencukupi keperluan vitamin C harian.

🥝Vitamin C adalah zat gizi yang berperan penting untuk memperkuat sisitem kekuatan tubuh, terutama dalam melawan penyakit infeksi yang disebabkan oleh bakteria dan virus.

3.Atasi Insomnia👀

🥝 Kajian mendapati bahawa buah kiwi yang dimakan sejam sebelum tidur dapat memperbaiki mutu tidur, kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi, serotonin dan antioksidan akan membuat tubuh menjadi lebih tenang.

🥝 Anda boleh cuba makan kiwi setiap hari pada waktu pagi dan malam untuk menghilangkan insomnia yang dipercayai berpunca daripada tekanan.

4.Baik untuk tubuh badan🧘🏻‍♀️

🥝Buah kiwi juga boleh dijadikan sebagai makanan alternatif bagi anda yang cuba menurunkan berat badan.

🥝Dua biji buah kiwi sehari, cukup untuk memenuhi keperluan serat sebanyak 4.2 gram dan membawa kepada sistem penghadaman yang sihat. 

5. Mengawal Tekanan Darah🔴

🥝 Ini kerana buah kiwi mengandungi bahan bioaktif seperti vitamin C yang mengawal tekanan darah dengan mengurangkan tekanan darah diastolik dan sistolik. Kesan panjang pengambilan buah kiwi boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi seperti strok dan serangan jantung.

6.Mengurangkan Berat Badan

🥝Buah kiwi merupakan pilihan buah yang terbaik sekiranya dalam proses menurunkan berat badan. Ini kerana buah kiwi mempunyai kandungan air yang tinggi, rendah kalori dan mengandungi serat yang tinggi. Kandungan serat akan memberikan kesan kenyang lebih lama dan mengelakkan daripada pengambilan makanan yang berlebihan.

🥝 Selain itu, buah kiwi menyihatkan sistem penghadaman dan menjadikan buah kiwi sebagai pilihan terbaik untuk snek dan jus semasa bersarapan.

🥝 Makan kiwi dapat membantu proses pencernaan dan penghadaman dalam tubuh

 ✨ KESIMPULAN

🥝Sebagai penutup, buah kiwi dilihat memiliki khasiat yang sangat banyak dan baik untuk kesihatan tubuh badan. Namun, untuk pengetahuan anda, buah kiwi juga mampu memberi kesan alergi kepada sesetengah orang yang memakannya. Perhatikan kesan-kesan seperti kegatalan di kawasan lidah, bibir dan juga mulut, ataupun terdapat ruam-ruam di kulit selepas memakan buah kiwi. Dapatkan nasihat daripada doktor sekiranya anda mengalami simptom-simptom tersebut. Amalkan pemakanan yang seimbang serta gaya hidup yang sihat bagi memelihara kesihatan tubuh badan dan menghindarkan diri daripada apa jua jenis penyakit.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

6 kebaikan ikan salmon kepada kesihatan 🐟

🐟 Salmon merupakan ikan yang popular dengan kandungan nutriennya yang pelbagai. Rasanya yang enak dan berlemak pasti memikat hati siapa sahaja yang memakannya. Salmon boleh dimasak dengan pelbagai cara dan ada juga yang makan secara mentah. Salmon mempunyai pelbagai khasiat, antaranya:

1.Sumber Protein💊

🐟 Sama seperti jenis-jenis ikan yang lain, salmon merupakan sumber protein yang berkualiti tinggi.

🐟Protein memainkan peranan penting dalam sistem badan termasuklah bagi proses tumbesaran, memperbaiki tisu dan otot yang cedera, mengekalkan kesihatan tulang serta terlibat dalam proses biokimia di dalam dan luar sel.

🐟Bagi mencapai tahap kesihatan yang optima, setiap hidangan perlu mengandungi sekurang-kurangnya 20-30 grams protein yang berkualiti tinggi. Bagi 100 gram salmon, ia mengandungi 22-25 grams protein.

Ikan salmon

2.Mengandungi Selenium🥫

🐟 Selenium merupakan mineral yang terdapat dalam tanah dan juga makanan tertentu. Ia merupakan mineral jejak (trace minerals), bermaksud badan kita hanya memerlukan dalam jumlah yang sangat sedikit. Pun begitu, pengambilan selenium yang mencukupi adalah penting.

🐟Beberapa kajian mendapati bahawa selenium membantu mengekalkan kesihatan tulang, mengurangkan risiko kanser dan mengurangkan antibodi tiroid bagi orang yang mempunyai penyakit tiroid autoimun.

3 .Meningkatkan fungsi otak 🧠

🐟 Ikan Salmon mengandungi Vitamin A dan Asid Amino yang sangat efisien untuk merangsang aktiviti otak.Ia juga dapat memberi kesan yang efektif untuk pertumbuhan sel -sel otak .

🐟

4.Meningkatkan metabolisme dalam badan

🐟 Ikan Salmon juga dikenali sebagai pengawal diabetes dalam badan dan pengawal gula dan darah yang tinggi dalam badan.

🐟Juga salmon dapat membantu proses meningkatkan metabolisme dalam badan seseorang.

5.Mencegah serangan jantung❤️

🐟 Salmon adalah makanan terbaik yang diambil untuk pesakit jantung.

🐟 Ini kerana salmon dapat mengurangi masalah kardiovaskular dan masalah darah dalam jantung manusia.

6 Menjaga kulit dan rambut kekal sihat☺️

🐟 Kandungan nutrisi omega 3 dalam ikan mampu menjadikan kulit lebih lembut dan anjal.Juga, omega 3 dalam ikan salmon juga dapat membantu menguatkan rambut dan menjadikan rambut lebih bermaya.

🐟 Kesimpulan:

🐟 Ikan salmon mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan. Pengambilan salmon sebanyak 2 sajian seminggu dapat mencapai keperluan nutrien seseorang serta mengurangkan risiko penyakit

🌸Blog

5 Kebaikan Buah Kurma Untuk Kesihatan🌱

🌱Kurma adalah buah yang biasanya berbentuk lonjong didapati dari pohon kurma. Ianya  Terdapat pelbagai bentuk, warna dan rupa mengikut jenis dan spesis pohon kurma. Antara kurma yang paling diminati adalah ajwah, medjoul, mabroom dan banyak lagi.

🌱Buah kurma biasanya didapati dalam bentuk buah kering dan ada juga bentuk buah segar. Rasa buah kurma yang telah dikeringkan adalah lebih manis berbanding buah segar.

🌱Di Malaysia, kita akan mula lihat kurma mula dijual sebulan sebelum ramadhan di rata-rata kedai dan pasaraya, namun ramai sebenarnya dikalangan kita masih belum mengerti manfaat kurma selain faktor mengambil keberkatan sunnah berbuka dan bersahur dengannya.

✨Di bawah menunjukkan 5 kebaikan buah kurma untuk kesihatan :

1. Serat Yang Tinggi🌱

🌱Pengambilan makanan  berserat yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan.

🌱Dengan hampir 7 gram serat dalam hidangan 100 gram, pengambilan kurma dalam diet anda adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan serat.

🌱Serat boleh memberi manfaat kepada sistem pencernaan anda dengan mencegah sembelit. Ia menggalakkan pergerakan usus yang kerap dengan menyumbang kepada pembentukan najis.

🌱Dalam satu kajian, 21 orang yang menggunakan 7 biji sehari selama 21 hari mengalami peningkatan dalam kekerapan buang air dan mempunyai peningkatan yang signifikan dalam pergerakan usus berbanding ketika mereka tidak memakan kurma.

2.Mengawal gula dalam darah

🌱Kurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah.

🌱Kandungan gula itu serta serat yang tinggi dalam kurma sangat bermanfaat untuk mengawal gula dalam darah. Serat mencegah kadar gula dalam darah melonjak terlalu tinggi selepas makan.

3.Menjaga kesihatan tulang

🌱Bukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga kurma! Ini kerana ia mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.

4.Kaya antioksidan

🌱Kurma mengandungi antioksidan yang dapat mencegah pelbagai penyakit kronik. Fungsi antioksidan melindungi sel-sel dalam tubuh daripada radikal bebas.

🌱Antioksidan yang terkandung dalam kurma dikenali sebagai flavonoid cukup baik untuk mengurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser.

5.Meningkatkan kesihatan otak

🌱Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.

🌱Kesimpulan

Jelaslah bahawa kurma kaya dengan nutrisi seperti karbohidrat, serat, vitamin, mineral dan antioksidan yang boleh memberi kebaikan kepada kesihatan kita.

– Kurma mempunyai pelbagai khasiat seperti berpotensi mencegah kanser, memudahkan proses bersalin, mencegah penyakit kardiovaskular, tinggi aktiviti antioksidan dan mengurangkan keradangan.

– Kurma juga bagus untuk tulang dan gigi, baik untuk sistem penghadaman dan boleh menjadi sumber tenaga yang cepat.

– Akhir sekali, diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada pembaca mengenai khasiat kurma

7 Manfaat buah strawberi untuk kesihatan🍓

🍓

🍓Buah strawberi adalah sejenis buah yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan bandar.

🍓Buah yang mempunyai warna merah menyala ini ada juga yang berwarna putih, kekuningan ataupun kehijauan bergantung kepada spesis atau kultivar.

🍓Buah strawberi segar terdiri daripada 91% air, 7.7% karbohidrat (dalam bentuk glukosa, fruktosa dan sukrosa), 0.3% lemak, 0.7% protein dan selebihnya adalah mikronutrien. Kurang daripada 8 gram daripada 100 gram buah strawberi segar adalah karbohidrat, di mana 26% daripada itu adalah serat larut air dan tidak larut air

🍓Antara 7 Manfaat buah strawberi untuk kesihatan:

1. Mengurangkan risiko kanser

❤️Proses inflamasi yang tidak terkawal akan mengakibatkan berlakunya tekanan oksidatif, yang mana jika berlanjutan untuk masa yang lama, akan meningkatkan risiko pelbagai kanser.

❤️Vitamin C dan antioksidan yang tinggi dalam buah strawberi mampu mengawal tekanan oksidatif, sekaligus mengurangkan risiko kanser. Asid ellagik dan ellagitannin dikatakan mampu menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser.

2.Mengurangkan paras kolesterol dalam darah

❤️Asid ellagik dan flavonoid di dalam strawberi adalah antioksidan yang sangat kuat dalam menurunkan paras kolesterol jahat atau kolesterol LDL (low-density lipoprotein).

❤️Beberapa kajian telah dilakukan selama 4-12 minggu menggunakan suplemen strawberi beku kering (freeze-dried strawberries) telah menunjukkan kesan positif kepada beberapa faktor risiko utama seperti kolesterol jahat, dan penanda inflamasi.

3. Membantu dalam kesihatan mata

❤️Mata adalah antara organ badan yang menerima kesan yang agak ketara menuju ke arah umur yang kian meningkat. Kehilangan penglihatan yang jelas, rabun malam dan katarak adalah antara penyakit mata berkaitan umur (age-related macular diseases).

❤️Pengambilan buah strawberi yang kerap mampu mengurangkan kesan penyakit ini kerana vitamin C, lutein dan zeaxanthin boleh mengurangkan kesan kerosakan daripada radikal bebas dihasilkan daripada sinaran UV.

❤️Vitamin C juga mampu memperkuat struktur kornea dan retina. adalah antara organ badan yang menerima kesan yang agak ketara menuju ke arah umur yang kian meningkat. Kehilangan penglihatan yang jelas, rabun malam dan katarak adalah antara penyakit mata berkaitan umur (age-related macular diseases).

4.Pengawalan tekanan darah

❤️Penyakit tekanan darah tinggi adalah sejenis penyakit yang sering dialami oleh rakyat Malaysia terutamanya yang kurang menjaga pemakanan dan gaya hidup sihat. Hal ini kebiasaanya berlaku apabila pengambilan natrium dalam pemakanan sangat tinggi.

❤️Kalium yang boleh didapati dalam buah strawberi adalah sangat bagus untuk pesakit tekanan darah tinggi kerana kalium akan membantu dalam mengawal paras natrium dalam darah, sekaligus akan mengawal tekanan darah. Terdapat 134 miligram kalium dalam satu hidangan buah strawberi segar.

5.Mengelak masalah sembelit

 ❤️Sembelit merupakan masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang. Dengan pengambilan buah strawberi, dapat membantu menghidratkan tubuh badan seseorang.

❤️ Selain itu, ia dapat membantu proses penghadaman agar sentiasa baik dan mengelakkan kesukaran membuang air

6.Bagus untuk kulit

❤️Khasiat strawberi yang kaya dengan vitamin amat baik untuk kesihatan kulit. Ia mampu mencerahkan dan memastikan kelembapan kulit yang baik. Kandungan-kandungan yang ada pada buah ini juga baik untuk kulit orang dewasa kerana kandungannya yang boleh mencegah jerawat dan menyingkirkan sel kulit mati. 

❤️Menurut kajian, strawberi juga boleh melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet A yang menyebabkan penyakit kulit.

7.Memperbaiki mood

❤️Buah strawberi merupakan jalan penyelesaian yang mudah dengan mengamalkan pengambilan buah strawberi. Hal ini boleh merangsang mood anda ,untuk menjadi lebih baik kerana kandungannya yang banyak manfaat.

❤️Strawberi merupakan buah yang banyak khasiat dan rendah kalori. Ia boleh ditambah dalam diet harian.

🍓 Buah strawberi adalah antara buah yang sangat bagus untuk diamalkan seharian kerana terkandung pelbagai nutrisi yang penting untuk kesihatan. Secara relatifnya, buah strawberi, dan mana-mana buah sekalipun adalah lebih baik dimakan segar tanpa melalui apa-apa proses (pengeringan, dimasak dan dijadikan jem, mahupun diperah dan dijadikan jus) demi mengekalkan zatnya yang mudah hilang dan rosak.

.

.

.