Khasiat Susu Kambing🐐🥛

Susu kambing 🥛🐐

🐐 Susu Kambing terdapat banyak manfaat di dalamnya. Ini kerana kualiti susu yang ada dalam badan kambing betina sangat banyak dengan zat yang dapat membantu menjadikan kulit sihat dan unggul.

🥛Antara khasiat-khasiatnya ialah,

🐐🥛 KUATKAN TULANG

🥛 Produk tenusu sangat dikenali mempunyai khasiat luar biasa untuk menguatkan tulang. Susu kambing juga tidak terkecuali. Jadi, khasiat susu kambing yang lain ialah boleh menguatkan tulang .

🐐Susu kambing sangat tinggi dengan kalsium. Ianya membekalkan kalsium yang tinggi tanpa memberi kesan sampingan. Selain itu, ianya dapat mengekalkan kestabilan kalsium dalam badan dan mengekalkan tulang yang sihat sepanjang hayat.

🥛🐐 DAPAT MEMPERCEPATKAN PERTUMBUHAN

🥛 Susu kambing mengandungi kandungan protein yang tinggi.

🐐 Protein dapat membantu pertumbuhan tulang, melindungi sel kulit,dan membantu mengatasi masalah penyakit jantung.

Susu kambing segar

🥛 BANTU RAMBUT CANTIK

🥛Rambut anda memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Kandungan pH yang stabil tidak hanya penting untuk badan, tetapi juga untuk kesihatan rambut.

🥛Jadi, adalah logik untuk dikatakan bahawa susu kambing  sangat baik untuk kesihatan rambut. Anda boleh membilas rambut anda menggunakan susu kambing.

🥛Tentunya anda akan mendapati perubahan yang ketara pada rambut anda. Anda juga boleh cuba gunakan susu kambing untuk menggantikan syampu, kemudain diikuti dengan perapi rambut kesukaan anda.

🥛 AGEN METABOLISME TERBAIK

🥛Susu kambing merupakan agen metabolik yang sangat baik. Susu kambing dapat meningkatkan penggunaan metabolik mineral-mineral penting seperti zat besi, magnesium, kalsium dan juga fosforus.

🥛Tambahan pula, susu kambing juga mempunyai beta-casein A2, yang jauh lebih sihat daripada beta-casein A1 yang terkandung dalam susu lembu.

Published by fazhanaziz

Love yourself...Be yourself(blogger)

Join the Conversation

5 Comments

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started