Design a site like this with WordPress.com
Get started

6 Kebaikan Buah Kiwi kepada tubuh badan seseorang 🥝

Buah kiwi 🥝

Pengenalan🥝

🥝Buah kiwi atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil sebagai Actinidia deliciosa

🥝Merupakan buah yang tergolong dalam keluarga Actinidiaceae. Tumbuhan ini berasal daripada negara China dan Taiwan tetapi telah ditanam secara komersial di New Zealand dan California.

Buah ini boleh dimakan begitu sahaja ataupun boleh juga dimasak. Walaupun buah ini mempunyai rasa yang agak berasid iaitu sedikit masam tetapi masih enak untuk dimakan. Selain dijadikan sebagai snek, buah kiwi turut digunakan dalam proses masakan iaitu untuk melembutkan daging.

🥝 Seperti yang telah diketahui, buah kiwi tinggi dengan kandungan vitamin C dan serat yang membekalkan khasiat kepada tubuh badan.

🥝Buah kiwi berupaya untuk menjaga kesihatan jantung, sistem penghadaman dan kesan antioksidan. Rasanya yang enak, tekstur yang menarik dan kalori yang rendah menjadikan buah kiwi sebagai pilihan yang sedap dan sihat.

🥝Oleh itu, mari kita kupas kandungan nutrisi dan khasiat kiwi pada kesihatan.

Antara kebaikan buah kiwi ialah:

1.Vitamin C

🥝Vitamin C atau dipanggil sebagai asid askorbik merupakan vitamin yang larut dalam air. Vitamin C ini penting untuk kesejahteraan tubuh badan kerana vitamin C diperlukan untuk menghasilkan tenaga, meningkatkan sistem imunisasi, menghasilkan kulit yang sihat dan meningkatkan penyerapan zat besi.

🥝Oleh kerana vitamin C adalah sumber antioksidan, vitamin C berpotensi dalam menyingkirkan spesis oksidatif reaktif dari badan. Spesis oksidatif reaktif merupakan radikal bebas yang terhasil secara semulajadi oleh badan, terdedah kepada pencemaran dan faktor yang lain. Ini akan menyebabkan kerosakan sel badan. Pengambilan vitamin C akan membantu mengurangkan keradangan dan mengurangkan risiko kanser.

2.Meningkatkan sistem imun👤

🥝Buah kiwi mengandungi vitamin C yang sangat tinggi. Jumlah kandungan vitamin C dalam 1 gelas buah kiwi bahkan sudah mampu mencukupi keperluan vitamin C harian.

🥝Vitamin C adalah zat gizi yang berperan penting untuk memperkuat sisitem kekuatan tubuh, terutama dalam melawan penyakit infeksi yang disebabkan oleh bakteria dan virus.

3.Atasi Insomnia👀

🥝 Kajian mendapati bahawa buah kiwi yang dimakan sejam sebelum tidur dapat memperbaiki mutu tidur, kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi, serotonin dan antioksidan akan membuat tubuh menjadi lebih tenang.

🥝 Anda boleh cuba makan kiwi setiap hari pada waktu pagi dan malam untuk menghilangkan insomnia yang dipercayai berpunca daripada tekanan.

4.Baik untuk tubuh badan🧘🏻‍♀️

🥝Buah kiwi juga boleh dijadikan sebagai makanan alternatif bagi anda yang cuba menurunkan berat badan.

🥝Dua biji buah kiwi sehari, cukup untuk memenuhi keperluan serat sebanyak 4.2 gram dan membawa kepada sistem penghadaman yang sihat. 

5. Mengawal Tekanan Darah🔴

🥝 Ini kerana buah kiwi mengandungi bahan bioaktif seperti vitamin C yang mengawal tekanan darah dengan mengurangkan tekanan darah diastolik dan sistolik. Kesan panjang pengambilan buah kiwi boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi seperti strok dan serangan jantung.

6.Mengurangkan Berat Badan

🥝Buah kiwi merupakan pilihan buah yang terbaik sekiranya dalam proses menurunkan berat badan. Ini kerana buah kiwi mempunyai kandungan air yang tinggi, rendah kalori dan mengandungi serat yang tinggi. Kandungan serat akan memberikan kesan kenyang lebih lama dan mengelakkan daripada pengambilan makanan yang berlebihan.

🥝 Selain itu, buah kiwi menyihatkan sistem penghadaman dan menjadikan buah kiwi sebagai pilihan terbaik untuk snek dan jus semasa bersarapan.

🥝 Makan kiwi dapat membantu proses pencernaan dan penghadaman dalam tubuh

 ✨ KESIMPULAN

🥝Sebagai penutup, buah kiwi dilihat memiliki khasiat yang sangat banyak dan baik untuk kesihatan tubuh badan. Namun, untuk pengetahuan anda, buah kiwi juga mampu memberi kesan alergi kepada sesetengah orang yang memakannya. Perhatikan kesan-kesan seperti kegatalan di kawasan lidah, bibir dan juga mulut, ataupun terdapat ruam-ruam di kulit selepas memakan buah kiwi. Dapatkan nasihat daripada doktor sekiranya anda mengalami simptom-simptom tersebut. Amalkan pemakanan yang seimbang serta gaya hidup yang sihat bagi memelihara kesihatan tubuh badan dan menghindarkan diri daripada apa jua jenis penyakit.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Published by fazhanaziz

Love yourself...Be yourself(blogger)

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: